Posted on Leave a comment

Rumusan Kaji Selidik Kelab Akar Umbi Bhgn-2

Bahagian kedua kaji selidik ini memberi tumpuan kepada tempat latihan yang digunakan.

Sebanyak 92.9% kelab menjalankan latihan di padang rumput. Manakala yang selebihnya menggunakan padang rumput tiruan. Apakah perbezaan ketara antara 2 jenis padang ini?

Secara ringkasnya, berikut adalah perbezaannya:

No/Jenis Padang Rumput Tiruan Rumput
Permukaan Rata, bebas lubang dan kawasan tak berumput. Kebanyakan padang rumput adalah tidak rata. Mempunyai kawasan yang tidak berumput, berbonggol dan mendap.
Tempoh penggunaan Padang rumput tiruan boleh digunakan setiap hari dan dalam semua jenis cuaca. Baik semasa dan selepas hujan, tanpa kebimbangan merosakkan permukaan. Dengan tiada ada “down-time”, kadar penggunaanya adalah lebih tinggi. Padang rumput memerlukan masa untuk berehat / pulih. Terutama sekali selepas hujan lebat.
Risiko kecederaan Tinggi. Banyak laporan menunjukkan pemain mengalami lebih banyak kecederaan (terutamanya lutut, buku lali dan kaki) Kurang berisiko kerana permukaan tanah yang lebih lembut. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis tanah juga. Jika tanahnya keras dan berbatu seperti di kebanyakan padang sekolah, risiko kecederaan juga tinggi.
Suhu padang Suhu permukaan padang pada waktu tengahari boleh mencapai hingga 60 darjah celsius. Ini cukup panas untuk menyebabkan dehidrasi, strok haba dan lepuh di bahagian bawah kaki pemain. Tidak seperti padang tiruan.

Apakah pendapat anda tentang latihan/perlawanan yang diadakan di padang tiruan diwaktu tengahari? Adakah faktor keselematan pemain-pemain diutamakan dalam hal ini?

Jika dirujuk graf diatas, jelas bahawa padang sekolah, dan padang awam mendominasi lokasi tempat latihan. Ini kerana jumlah padang tiruan adalah tidak banyak dan melibatkan kos penyewaan. Jadi apakah peranan majlis perbandaran/daerah dan sekolah didalam hal ini? Adakah mereka memantau kualiti padang dengan kerap?

Jadi apakah peranan majlis perbandaran/daerah dan sekolah didalam hal ini? Adakah mereka memantau kualiti padang dengan kerap? Bagaimana pula dengan peranan FA daerah dan negeri?

Selain faktor bilangan padang rumput tiruan yang sedikit, faktor sewaan adalah yang memainkan peranan paling penting. Sila rujuk graf berikutnya.

Bagaimana pula dengan kualiti padang yang digunakan? Sudah tentunya kualiti padang rumput tiruan adalah baik jika dibandingkan dengan padang rumput biasa. Adakah perkara ini perlu dibiarkan begitu sahaja? Apakah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti padang sekolah dan padang awam?

Perlu diingat, pembangunan bola sepak akar umbi bukan hanya melibatkan kelab-kelab dan akademi-akademi. Bermain bersama rakan-rakan di waktu lapang juga boleh menghasilkan pemain-pemain yang berbakat. Tidak semestinya hanya di waktu latihan kelab.

Yang paling diutamakan adalah keselamatan di tempat latihan. Adalah menjadi tanggungjawab utama oleh setiap kelab dan juga jurulatih agar menyediakan tempat latihan yang selamat.

Pemeriksaan perlu dilakukan sebelum dan selepas latihan. Pastikan padang bersih dari barang yang berbahaya, dan juga menggunakan alatan yang selamat.

Tempat latihan yang selamat akan memberikan kesan positif kepada pemain-pemain.

Adakah “memadai” itu sudah mencukupi? Apakah yang perlu dilakukan untuk menambah baik tahap keselamatan di tempat latihan anda?

Bersambung..

 

 

Posted on Leave a comment

Rumusan Kaji Selidik Kelab Akar Umbi Bhgn-1

Alhamdulillah. 27 wakil dari kelab-kelab bola sepak akar umbi di seluruh Malaysia telah bekerjasama dalam kaji selidik. Tidak dinafikan, berhempas pulas juga untuk mendapatkan kerjasama dari yang berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada semua.

Berikut adalah peratusan responden mengikut negeri. Sebanyak 9 kelab dari negeri Perak yang mengungguli carta. Manakala 1 dari negeri Pahang, Negeri Sembilan dan juga Kedah.

Rata-rata kelab masih tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Registry Of Societies) mahupun persatuan bola sepak daerah dan negeri. Persoalannya, adakah proses pendaftaran menyulitkan? Bagaimana pula persatuan bola sepak daerah dan negeri ingin menyelia kelab-kelab akar umbi jika tiada rekod? Adakah kelab-kelab akar umbi diberikan perhatian dan bimbingan yang sepatutnya?

Adakah kelab-kelab akar umbi diberikan perhatian dan bimbingan yang sepatutnya?

Berikut menunjukkan bilangan akademi pro di Malaysia sangat sedikit. Seperti yang kita tahu, hanya beberapa kelab pasukan yang mempunyai akademi pro seperti JDT, Felda dan AMD. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana mengambil langkah bijak.

Selebihnya adalah kelab persendirian yang memainkan peranan penting dalam mencungkil bakat-bakat sebelum digilap ke peringkat yang lebih tinggi. Ini bermakna kelab-kelab akar umbilah faktor utama dalam memajukan bola sepak negara.

85% kelab hanya menumpukan kepada jantina lelaki manakala hanya 14.8% yang memberi peluang kepada jantina perempuan untuk sama-sama terlibat dalam sukan bola sepak. Apakah kekangan yang dihadapi oleh kelab-kelab dalam hal ini?

Bagaimana pula dengan kekerapan dan tempoh latihan yang dijalankan? Adakah ia mencukupi atau berlebihan? Adakah kekerapan latihan diselangselikan dengan rehat yang cukup?

Berdasarkan kaji selidik, banyak kelab hanya menjalankan latihan pada hujung minggu. Manakala hanya akademi pro dan kelab sekolah yang menjalankan latihan pada hari Isnin – Jumaat.

Kekerapan latihan amat memainkan peranan penting dalam pembangunan bola sepak. Jika terlalu sedikit juga tidak bagus, jika terlalu kerap juga tidak bagus. Tetapi ia bergantung kepada tahap pemain yang dikendalikan. Sudah pasti pemain di akademi pro akan berlatih lebih kerap berbanding kelab-kelab lain. Apakah kekekarapan yang disarankan dalam pembangunan bola sepak?

Begitu juga dengan tempoh latihan. Setiap jurulatih harus tahu dan peka tentang tempoh latihan yang bersesuaian dengan tahap mahupun umur pemain. Struktur latihan perlu dirancang supaya latihan dapat memberikan impak maksima kepada setiap pemain. Ia perlu dikaitkan dengan 4 aspek utama fasa pembangunan iaitu fizikal, teknikal, psikologi dan sosiologi. Secara asas, struktur latihan perlu mempunyai sesi “warm-up”, teknikal, skil dan “small sided game”.

Apakah kadar kekerapan dan tempoh latihan yang selamat dan disarankan dalam pembangunan bola sepak?

Ia adalah soalan yang sering dibahaskan oleh jurulatih. Tetapi banyak kajian telah dilakukan dan menjadi tanggungjawab setiap jurulatih agar latihan mereka memberi kesan positif, selamat dan dalam masa yang sama mengelakkan kesan negatif.

Sebagai contoh, berikut adalah “safe workload” yang disarankan dari hasil kajian yang telah dijalankan oleh pakar sains sukan :

  1. Kategori 6-7 tahun : 45 minit
  2. Kategori 8-9 tahun : 45 – 60 minit
  3. Kategori 10-11 tahun : 60 – 75 minit

** tidak termasuk rehat dan taklimat.

Bagaimana pula dengan kekerapan latihan dalam seminggu? Adalah disarankan seperti berikut :

  1. Maksimum latihan seminggu : 3 kali
  2. Maksimum perlawanan seminggu : 2 kali

Perkara diatas perlu diberi perhatian serius oleh setiap kelab, jurulatih, pemain dan juga ibu bapa. Mengapa? Jelas sekali kita perlu utamakan kesihatan dan keselamatan pemain. Elakkan “overused injury”, “burnout” dan “fatigue”.

bersambung pada bahagian kedua…

Posted on Leave a comment

Kaji Selidik Kelab Akar Umbi

Adakah kelab anda mempunyai masalah dalam pengurusan atau kewangan? Atau tiada bantuan dari pihak yang sepatutnya? Atau tiada tempat aduan untuk disalurkan?

Ayuh sama-sama kita sertai kaji selidik ini, agar semua yang terbuku dapat kita kumpulkan dan kita salurkan bersama-sama kepada pihak yang berkenaan.

Kaji selidik ini memberi tumpuan kepada kelab-kelab akar umbi dimana info yang diberi amat berguna untuk kita sama-sama meningkatkan mutu bola sepak akar umbi kita.

Setelah banyak maklumat dikumpulkan, pihak kami akan merumuskan segalanya dan akan disalurkan kepada pihak-pihak berkenaan agar kita dapat membantu mereka.

Kita lakukan ini untuk generasi masa depan!

 

#footballbreedunity #weonlydopositive