Posted on Leave a comment

Adakah gaya dan pendekatan melatih anda perlu diubah mengikut usia pemain? Part -1

Fikirkan tentang soalan ini untuk beberapa ketika.

Pada asasnya, soalan ini agak mudah dengan jawapan yang ringkas. Ya, memang itu sepatutnya diamalkan.

Antara faktor utama yang memainkan peranan dalam isu ini adalah faktor psikologi dan fizikal pemain. Sebagai contoh, jika saya melatih pemain yang berusia bawah 7 tahun, saya akan menggelarkan “defender” sebagai “pirate” dimana tugasnya adalah mencuri atau merampas bola. Walau bagaimanapun, pendekatan ini agak lucu jika diamalkan untuk pemain yg berusia 11 tahun keatas. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada elemen-elemen taktikal berbanding pemain umur bawahan.

(The FA via Getty Images)

Ataupun menggunakan perkataan “high press” atau “recovery run” atau “outnumbered” kepada pemain berusia 8-9 tahun. Sudah pasti mereka akan terpinga-pinga dengan apa yang saya cuba sampaikan. Adalah lebih mudah menggunakan pendekatan lain seperti “rebut bola secepat mungkin”, “siapa lepaskan bola kena kejar dan dapatkan balik” atau “berat sebelah” dimana peratusan untuk mereka memahami adalah lebih tinggi dan jelas.

Jika tidak, mereka tidak akan memahami apa yang ingin disampaikan dan objektif latihan tidak akan tercapai. Bahkan mereka akan pulang dengan rasa kecewa kerana tidak “enjoy” dan tidak belajar apa apa pun.

Bagi saya, gaya dan pendekatan yang akan digunakan bukan sahaja bergantung kepada umur pemain. Malahan ada beberapa lagi faktor penting yang perlu diambil perhatian.

Sebagai jurulatih, adalah menjadi tanggungjawab kita memahami proses pembelajaran setiap pemain. Ya, ada pemain yang mudah paham. Ada juga yang mengambil masa. Ada juga yang mampu melakukan dengan sekelip mata.

Dari pengalaman dan bacaan saya, terdapat 3 faktor utama yang perlu diambil perhatian:

  1. Pemain
    • Saya mengambil pasukan U9 saya sebagai contoh, pada asasnya saya melatih 24 orang pemain yang unik, yang mempunyai latar belakang, keupayaan, keinginan dan keperluan yang berlainan. Antara cabaran utama dalam mengendalikan latihan untuk pasukan ini adalah untuk menyesuaikan dan menggunakan gaya yang sesuai supaya setiap pemain mendapat sesuatu dari sesi saya. Ini kerana tahap keupayaan dan keperluan pemain-pemain adalah berbeza dalam masa yang sama objektif latihan perlu dicapai.
    • Sebagai jurulatih, adalah menjadi tanggungjawab kita memahami proses pembelajaran setiap pemain.
    • Ya, ada pemain yang mudah paham. Ada juga yang mengambil masa. Ada juga yang mampu melakukan dengan sekelip mata.
    • We must trust the process of the development.
  2. Kelab
    • Gaya permainan dan budaya yang diterapkan oleh kelab juga mempengaruhi gaya dan pendekatan dalam mengendalikan sesi latihan.
    • Ada kelab yang hanya berlatih sekali seminggu dan ada kelab yang berlatih 2-3 kali seminggu.
    • Ada kelab yang mengutamakan kemenangan semata-mata, ada juga yang fokus kepada pembangunan.
    • Jelas disini bahawa pendekatan dan gaya berlainan perlu diamalkan bergantung kepada objektif asal.
  3. Lokasi, bilangan pemain, alatan dan cuaca.
    • Faktor-faktor lain yang juga memainkan peranan adalah lokasi, bilangan pemain, alatan dan cuaca.
    • Bilangan pemain yang hadir adalah faktor kebiasaan yang akan diberi perhatian oleh setiap jurulatih. Sebagai contoh, “session plan” telah dibuat untuk 14 orang pemain tetapi hanya 10 pemain yang hadir. Ini sudah pasti mengganggu sesi latihan.
    • Begitu juga dengan lokasi latihan seperti jenis padang, saiz padang dan bentuk padang yang disediakan.
    • Cuaca juga perlu diberikan perhatian, contohnya hujan atau hari terlalu panas. Jika hari terlalu panas, mungkin jurulatih boleh merancang beberapa sesi yang singkat dan diselang selikan dengan “water break”. Walau apa-apa pun, setiap jurulatih harus merancang sesi dengan lebih awal dan mengambil kira faktor-faktor diatas untuk memastikan sesi latihan lebih efektif, mencapai objektif dan “enjoyable”.

Pastikan pemain sentiasa bersama bola, elakkan aktiviti yang membuatkan mereka tertunggu-tunggu dan mencapai tahap kebosanan.

#itisnevertoolatetochange #samasamaberusaha

Posted on Leave a comment

Adakah “Aging Up” Perlu Untuk Pemain Yang Bagus? Part 1

 

Jika seorang murid mampu membaca dengan sangat baik didalam kelasnya, tidak mungkin dia akan dipindahkan ke gred atas. Cikgu mungkin akan menyediakan bahan bacaan yang lebih susah kepadanya dan memberi perhatian kepada pemahamannya. Ya, dia boleh membaca dengan lancar. Tetapi adakah tahap ingatan dan pemahamannya sama seperti murid-murid gred atas? Atau cikgu boleh asingkan murid tersebut dan memberi peluang kepadanya untuk meningkatkan kualiti bacaannya.

Bagaimana pula kaitannya dengan bola sepak? Kenapa ramai yang berfikir seorang pemain yang bagus perlu bermain dengan kumpulan umur yang lebih atas? Sering berlaku kepada pemain yang menonjol dimana jurulatih atau ibubapanya menukar persekitaran latihan yang sedia ada untuk menjadikan latihannya lebih mencabar. Ya, memang ada baiknya. Tetapi adakah ini sahaja cara yang boleh dilakukan untuk membantu pemain tersebut?

Tetapi adakah tahap ingatan dan pemahamannya sama seperti murid-murid gred atas?

Mengikut kajian saya, berikut adalah beberapa motif “aging up” ini diamalkan :

  1. Jurulatih atau ibubapa bimbang anak mereka tidak berupaya untuk meningkat jika kekal di persekitaran yang sama.
  2. Jurulatih atau ibubapa percaya bahawa “more is better”.
  3. Jurulatih tidak mampu untuk memberikan latihan yang sesuai dengan tahap pemain tersebut.
  4. Ibubapa mementingkan pencapaian dalam masa singkat, ingin kumpul sijil pencapaian dengan banyak.
  5. Jurulatih melepaskan batuk ditangga, tiada usaha untuk meningkatkan mutu permainan pemain.

Tiada satu pon motif diatas berkait dengan kemahuan dan keperluan pemain di tahap akar umbi. Bancian telah dilakukan terhadap pemain berumur 7 dan 8 tahun, rata rata pemain menyatakan mereka bermain kerana “seronok” dan “nak bermain dengan kawan-kawan”. Begitu juga dengan pemain berumur 9 dan 10 tahun, cuma mereka mempunyai sebab tambahan lain seperti ingin belajar teknik baru dan bermain seperti pemain “favourite” mereka.

Bagi saya, tiada latihan yang lebih baik dari “small sided game” yang melibatkan “more touches on the ball”, peluang membuat keputusan, “transition”, “recovery”, “positional support”. Ia ibarat permainan 11v11 dalam skala kecil dengan beberapa “restrictions” bersesuaian dengan topik yang disampaikan. Jurulatih boleh menggunakan “restrictions” untuk mencapai objektif latihan. Persekitaran yang lebih mudah untuk jurulatih untuk membuat pemerhatian dan teguran, dalam masa yang sama ia persekitaran yang mencabar untuk pemain. “Strengths and weakness are glaring at you!”

Apa yang berlaku amat mengejutkan dimana pemain tersebut “lost” kerana jumlah pemain bertambah, saiz fizikal pemain berbeza dan saiz padang juga semakin besar. Persekitaran tersebut memerlukan dia berfikir dengan lebih kompleks!

Sebagai contoh, seorang pemain yang sangat bagus berumur 8 tahun. Mempunyai kawalan bola dan sepakan yang bagus didalam pasukannya. Di setiap kali latihan atau perlawanan, dia adalah pemain yang paling menonjol dan “had the most touches on the ball in the game”. Ia kelihatan seperti tiada cabaran untuknya? Apakah yang perlu dilakukan untuk membantu dia menambah baik kualiti teknik dan skilnya tetapi masih dalam persekitaran yang sama? Adakah perlu dia menyertai kumpulan umur yang lebih atas?

Saya pernah memberi peluang kepada pemain berusia 10 tahun menyertai kejohanan dengan pemain berusia 12 tahun. Apa yang berlaku amat mengejutkan dimana pemain tersebut “lost” kerana jumlah pemain bertambah, saiz fizikal pemain berbeza dan saiz padang juga semakin besar. Persekitaran tersebut memerlukan dia berfikir dengan lebih kompleks!

Secara taktikal, dia bermain sama seperti dia bermain dengan pemain sebayanya. Dia mengawal bola sendirian walaupun adalah lebih baik jika dia menghantar bola kepada rakan pasukannya. Secara psikologi, dia “lost”, dia tidak bercakap didalam padang, kurang yakin dengan dirinya serta tugasnya untuk pasukan. Apabila keyakinan merudum, keupayaan teknik dan skilnya juga akan terjejas. Secara fizikal, dia gagal untuk bermain seperti biasa kerana rata rata pihak lawan “could outrun him or catch up”. “Rather than playing forward, he always looked to turn the ball back.”

Will be continued…

Posted on Leave a comment

3 Perkara Yang Wajar Diamalkan Oleh Jurulatih Akar Umbi

Jurulatih boleh menjadi guru yang sangat baik jika memahami dan mengambil tahu tentang kanak-kanak yang mereka latih dengan lebih mendalam. Jurulatih perlu memberikan perhatian kepada kanak-kanak supaya dapat membantu mereka sentiasa positif tentang diri mereka, keupayaan mereka dan kebolehan mereka. Ini boleh dimulakan dengan memberi pengalaman yang positif semasa latihan dan perlawanan.

This is how we begin to prepare our youngest players to play, enjoy and develop through football.

Berikut adalah 3 perkara yang wajar diamalkan oleh jurulatih ketika latihan mahupun perlawanan :

    1. Pastikan Mereka “enjoy“:
      • Mereka bermain bola atas bermacam macam sebab, bukan hanya bercita cita untuk menjadi pemain bola sepak. Hasil kajian menunjukkan 90% kanak kanak bermain bola kerana “football is fun” dan “i love football game“.
      • Adalah penting bagi seorang jurulatih memastikan sesi latihan atau perlawanan adalah menyeronokkan dan meningkatkan rasa minat kanak-kanak terhadap bola sepak atau aktiviti fizikal.
      • Perlu diakui betapa pentingnya perasaan kanak kanak dan bagaimana ini dapat mempengaruhi sikap mereka terhadap aktiviti sukan dan fizikal. Seorang jurulatih yang mahir dalam aktiviti yang melibatkan kanak-kanak dengan cara yang sesuai dan bersesuaian dengan usia dapat mewujudkan persekitaran yang akan disukai dan dinantikan oleh kanak-kanak.
    2. Sentiasa Positif
      • Ketika melatih kanak-kanak, jurulatih harus peka apabila mereka melakukan perkara-perkara dengan baik, apabila mereka melakukan apa yang jurulatih minta dengan cepat, dengar kata kata jurulatih dengan baik, bantu satu sama lain. Anda mungkin mengatakan bahawa ini tidak ada kena mengena dengan menjadi jurulatih bola sepak. Ini salah! Ini kerana setiap tindakan jurulatih memberi kesan kepada mereka dalam membentuk tingkah laku dan sikap mereka untuk masa depan.
      • Ibu bapa dan jurulatih harus sentiasa positif, “This comes from focusing on what children CAN do instead of reminding them of what they CAN’T do!”
    3. Banyakkan Senyum
      • Kanak-kanak mungkin membentuk ikatan yang lebih kuat dan hubungan dengan orang yang tersenyum (dan membuat mereka tersenyum). Pembangunan mereka yang berumur sehingga 5 tahun telah didorong terutamanya oleh “sensory motor system ” mereka. Bagaimana mereka “feel” adalah penting pada peringkat perkembangan ini dan jika kita mahu kanak-kanak itu cintakan sukan dan aktiviti fizikal maka pengalaman pertama ini harus diingati, menarik dan menyeronokkan.
      • Jurulatih perlu mengambil perhatian secara individu supaya mereka merasa diri mereka bernilai, selamat dan bersedia untuk belajar.
      • Ini semua kedengaran sangat asas tetapi pendekatan jurulatih mestilah bersemangat, positif, penyayang dan baik. Jurulatih digalakkan untuk menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan menyeronokkan untuk anak-anak yang mereka jurulatih.

 

Sumber : FAEducation