Posted on Leave a comment

Karnival ATKL 2020 Pusingan #1

Karnival bola sepak Akademi Tunas 2020 (KAT 2020) telah berlangsung pada hari ini di Padang E, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Program ini dianjurkan oleh Akademi Tunas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (ATKL) yang diketuai oleh ketua jurulatih remaja negeri (KJRN), Coach Ghani Malik.

14 buah pasukan dari ATBTR, AT Putrajaya, AT Wangsa Maju, AT Sentul, KL Rovers Academy dan MPAJ FC merangkumi kategori bawah 7,8 dan 9 tahun telah terlibat dan masing masing mempersembahkan aksi yang padu dan sengit.

Karnival ini adalah kesinambungan dari Liga Perdana ATKL 2018 yang tidak dianjurkan pada 2019. Ini membuktikan, pengurusan dibawah Coach Ghani yang dibantu oleh jurulatih ATKL adalah komited dalam meneruskan usaha pembangunan bola sepak Malaysia.

Syabas diucapkan kepada semua pemain – pemain, ibu bapa, pihak penganjur dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Untuk keputusan penuh, sila ke page Karnival Akademi Tunas 2020

Majulah sukan untuk negara!