Posted on Leave a comment

Karnival ATKL 2020 Pusingan #1

Karnival bola sepak Akademi Tunas 2020 (KAT 2020) telah berlangsung pada hari ini di Padang E, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Program ini dianjurkan oleh Akademi Tunas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (ATKL) yang diketuai oleh ketua jurulatih remaja negeri (KJRN), Coach Ghani Malik.

14 buah pasukan dari ATBTR, AT Putrajaya, AT Wangsa Maju, AT Sentul, KL Rovers Academy dan MPAJ FC merangkumi kategori bawah 7,8 dan 9 tahun telah terlibat dan masing masing mempersembahkan aksi yang padu dan sengit.

Karnival ini adalah kesinambungan dari Liga Perdana ATKL 2018 yang tidak dianjurkan pada 2019. Ini membuktikan, pengurusan dibawah Coach Ghani yang dibantu oleh jurulatih ATKL adalah komited dalam meneruskan usaha pembangunan bola sepak Malaysia.

Syabas diucapkan kepada semua pemain – pemain, ibu bapa, pihak penganjur dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Untuk keputusan penuh, sila ke page Karnival Akademi Tunas 2020

Majulah sukan untuk negara!

 

Posted on Leave a comment

AFC B16 : Kumpulan A: Malaysia 6-2 Tajikistan

Kuala Lumpur : Skuad bimbingan jurulatih Lim Teong Kim memulakan kempen kejohanan AFC B16 2018 dengan kemenangan penuh bergaya keatas pasukan Tajkistan.

Malaysia, yang kelihatan garang di tanah air sendiri, tidak membuang masa untuk memberi tekanan kepada pihak lawan dan hampir menjaringkan gol seawal minit ketiga. Sepakan lintang Muhammad Firdaus Ramli kepada Luqman Hakim Shamsudin di depan gol disusuli rembatannnya tersasar di atas palang .

Tujuh minit kemudian, Muhammad Najmudin Akmal menanduk bola dari sudut tetapi melegakan Tajikistan. Pengadil mendapati dia berada dalam zon “offside”.

Najmudin dan Luqman merupakan duo dinamik Malaysia yang banyak melakukan gerakan untuk memecah kubu pertahanan pasukan dari Asia Tengah itu.

Malaysia neneruskan rentak permainan yang menarik dan serangan berbahaya. Walau bagaimanapun pasukan Tajkistan tidak mudah putus asa untuk memberi saingan.

Penjaga gawang Malaysia dihukum kad merah setelah membuat terjahan kasar kepada penyerang Tajkistan. Sepakan penalti telah dihadiahkan dan Tajkistan berjaya merapatkan jurang dengan memperoleh 2 gol.

Perlawanan berakhir dengan Malaysia menewaskan Tajkistan 6-2 di gelanggang sendiri.

Tahniah skuad Malaysia B16. Mereka bakal bertemu pasukan Thailand pada Ahad, 23 September 2018 jam 4.30 ptf di Stadium Nasional Bukit Jalil. Thailand yang tewas 2-4 kepada pasukan Jepun semalam semakin tertekan dalam merebut tangga teratas kumpulan.

Lim Teong Kim: Malaysia head coach

We’re glad we got a good start. Although it was 6-2, it was a difficult ‘first child birth’. Although it might look like a big margin, it was tough work for our boys. These are just kids, he (Sikh Izhan) played well and also made a bad mistake, but it’s not a problem, he will learn from his mistake. We are very happy with the score, they played very good football.

Zaynidin Rakhimov: Tajikistan head coach

I think Malaysia knew all of our secrets, we had a big problem in our defence today. We did not expect this defeat. We didn’t expect the No.10 (Luqman) to be such a threat.

Sumber : AFC Malaysia-6-2-Tajkistan

Posted on Leave a comment

MSSWP Kuala Lumpur : Perlawanan Akhir Bola Sepak B18

MSSWP Kuala LumpurJangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir kejohanan bola sepak B18 MSSWP Kuala Lumpur diantara SMK Cochrane dan Setapak High School.

Perlawanan akan berlangsung pada Jumaat, 21 September 2018 pada jam 3 ptg di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.

Ayuh penuhkan stadium untuk menyaksikan 2 pasukan terbaik pada tahun 2018 berentap untuk merebut gelaran juara.

Info lebih lanjut di page : sini.

Tiket adalah percuma.