Apakah itu Biobanding?

Melihat pemain-pemain umur sebaya dibuli oleh pemain yang lebih besar fizikalnya membuatkan kebanyakan ibu bapa resah dan tidak berpuas hati. Ada yang merasa tidak adil walaupun semua pemain adalah sebaya.

Akan tetapi, perkara ini mungkin boleh diatasi dengan mengasingkan pemain muda mengikut kematangan fizikal, bukan usia. Inilah yang dinamakan BIOBANDING! Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar dari pelbagai jenis sukan, amalan ini dapat meningkatkan prestasi dan mengurangkan risiko kecederaan pemain.

Kajian ini yang diterajui oleh Fakulti Sains Sukan University Of Bath, United Kingdom adalah yang pertama untuk meneroka pengalaman pemain muda bersaing didalam pertandingan “biobanded”. Jurnal kajian ini juga telah diterbitkan di University of Bath : Journal of Sport Sciences untuk rujukan selanjutnya.

Salah satu organisasi yang mengamalkan biobanding secara meluas adalah kesatuan rugby New Zealand. Mereka mendakwa bahawa, dengan mengumpulkan pemain bersama mengikut saiz dan kekuatan mereka, ia dapat memberi peluang yang lebih besar kepada golongan “late maturers” untuk menyinar dan meningkatkan prestasi mereka. Sebagai satu kajian, organisasi Liga Perdana Inggeris, mengumpulkan pemain berusia 11 tahun – 14 tahun dari kelab Southampton, Reading, Stoke City dan Norwich City.

Pemain-pemain tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan – fizikal besar dan fizikal kecil. Mereka bermain dalam 3 perlawanan 11 sebelah di padang bersaiz penuh selama 25 minit. Mereka kemudiannya membandingkan pengalaman mereka dengan persaingan kumpulan umur yang sebaya. Secara ketara, mereka menyatakan pengalaman itu positif dan mencadangkan agar liga “biobanded” dianjurkan.

Bagi kumpulan pemain yang berfizikal besar, yang sering mendominasi latihan biasa dilaporkan menghadapi cabaran perlawanan yang lebih fizikal. Mereka berpendapat “biobanded” memerlukan mereka supaya lebih bersedia dari segi teknik, taktik dan kerja berpasukan berbanding fizikal.

Bagi kumpulan pemain yang lebih kecil, penyelidik mendapati kejohanan “biobanded” kurang memberikan cabaran fizikal. Tetapi memberikan mereka peluang yang lebih besar untuk menunjukkan kemahiran mereka, memberi pengaruh dalam permainan dan mengambil peranan kepimpinan. Mereka berpendapat bahawa ia dapat meningkatkan tahap konfiden dan ketenangan ketika menguasai bola. – Kejadian terdahulu telah menunjukkan faktor konfiden adalah prediktor utama kejayaan dan pembangunan dalam sukan.

“Ia memberikan kami lebih banyak kebebasan”, kata pemain kepada penyelidik. “Kami mendapat peluang untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa kami benar-benar mampu bermain baik dan memberi impak kepada permainan jika menentang pemain yang sama saiz.”

Penulis utama kajian itu Dr Sean Cumming, berkata beliau berharap sukan lain seperti ragbi, kriket, ginnastik dan balet juga dapat menimbangkan biobanding dalam program pembangunan mereka. “Rejim latihan dan pemilihan ini dapat membantu para jurulatih melihat bakat tersembunyi dikalangan “late maturers” dan mengurangkan risiko kecederaan.” “Kajian ini dapat memperkuatkan kesan positif biobanding yang dapat dimiliki para pemain merentasi spektrum pembangunan – baik di peringkat awal mahupun akhir.”

Sebagai contoh terbaik “late developer” adalah Harry Kane, kapten pasukan England. Kelab Arsenal telah mengenepikan beliau ketika berumur 11 tahun dimana fizikalnya masih belum matang.

“Setiap individu mempunyai kadar pembesaran dan kematangan yang berbeza. Biobanding mendidik para pengamal sains sukan, jurulatih, pemain dan ibu bapa agar peka terhadap tahap kematangan fizikal mereka,” kata Andy O’Boyle, Ketua Elit Liga Perdana Inggeris. Ia membantu pemain “late maturers” dan menyediakan cabaran yang berbeza kepada pemain “early maturers”. Kebanyakan kelab telah mengamalkan biobanding tersendiri seperti liga dalaman secara kerap, serta menggunakannya untuk membantu mempertingkatkan tahap kecergasan dan kekuatan dan juga pengenalan bakat.

Sumber : The Guardian

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *