Posted on Leave a comment

Adakah gaya dan pendekatan melatih anda perlu diubah mengikut usia pemain? Part -1

Fikirkan tentang soalan ini untuk beberapa ketika.

Pada asasnya, soalan ini agak mudah dengan jawapan yang ringkas. Ya, memang itu sepatutnya diamalkan.

Antara faktor utama yang memainkan peranan dalam isu ini adalah faktor psikologi dan fizikal pemain. Sebagai contoh, jika saya melatih pemain yang berusia bawah 7 tahun, saya akan menggelarkan “defender” sebagai “pirate” dimana tugasnya adalah mencuri atau merampas bola. Walau bagaimanapun, pendekatan ini agak lucu jika diamalkan untuk pemain yg berusia 11 tahun keatas. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada elemen-elemen taktikal berbanding pemain umur bawahan.

(The FA via Getty Images)

Ataupun menggunakan perkataan “high press” atau “recovery run” atau “outnumbered” kepada pemain berusia 8-9 tahun. Sudah pasti mereka akan terpinga-pinga dengan apa yang saya cuba sampaikan. Adalah lebih mudah menggunakan pendekatan lain seperti “rebut bola secepat mungkin”, “siapa lepaskan bola kena kejar dan dapatkan balik” atau “berat sebelah” dimana peratusan untuk mereka memahami adalah lebih tinggi dan jelas.

Jika tidak, mereka tidak akan memahami apa yang ingin disampaikan dan objektif latihan tidak akan tercapai. Bahkan mereka akan pulang dengan rasa kecewa kerana tidak “enjoy” dan tidak belajar apa apa pun.

Bagi saya, gaya dan pendekatan yang akan digunakan bukan sahaja bergantung kepada umur pemain. Malahan ada beberapa lagi faktor penting yang perlu diambil perhatian.

Sebagai jurulatih, adalah menjadi tanggungjawab kita memahami proses pembelajaran setiap pemain. Ya, ada pemain yang mudah paham. Ada juga yang mengambil masa. Ada juga yang mampu melakukan dengan sekelip mata.

Dari pengalaman dan bacaan saya, terdapat 3 faktor utama yang perlu diambil perhatian:

  1. Pemain
    • Saya mengambil pasukan U9 saya sebagai contoh, pada asasnya saya melatih 24 orang pemain yang unik, yang mempunyai latar belakang, keupayaan, keinginan dan keperluan yang berlainan. Antara cabaran utama dalam mengendalikan latihan untuk pasukan ini adalah untuk menyesuaikan dan menggunakan gaya yang sesuai supaya setiap pemain mendapat sesuatu dari sesi saya. Ini kerana tahap keupayaan dan keperluan pemain-pemain adalah berbeza dalam masa yang sama objektif latihan perlu dicapai.
    • Sebagai jurulatih, adalah menjadi tanggungjawab kita memahami proses pembelajaran setiap pemain.
    • Ya, ada pemain yang mudah paham. Ada juga yang mengambil masa. Ada juga yang mampu melakukan dengan sekelip mata.
    • We must trust the process of the development.
  2. Kelab
    • Gaya permainan dan budaya yang diterapkan oleh kelab juga mempengaruhi gaya dan pendekatan dalam mengendalikan sesi latihan.
    • Ada kelab yang hanya berlatih sekali seminggu dan ada kelab yang berlatih 2-3 kali seminggu.
    • Ada kelab yang mengutamakan kemenangan semata-mata, ada juga yang fokus kepada pembangunan.
    • Jelas disini bahawa pendekatan dan gaya berlainan perlu diamalkan bergantung kepada objektif asal.
  3. Lokasi, bilangan pemain, alatan dan cuaca.
    • Faktor-faktor lain yang juga memainkan peranan adalah lokasi, bilangan pemain, alatan dan cuaca.
    • Bilangan pemain yang hadir adalah faktor kebiasaan yang akan diberi perhatian oleh setiap jurulatih. Sebagai contoh, “session plan” telah dibuat untuk 14 orang pemain tetapi hanya 10 pemain yang hadir. Ini sudah pasti mengganggu sesi latihan.
    • Begitu juga dengan lokasi latihan seperti jenis padang, saiz padang dan bentuk padang yang disediakan.
    • Cuaca juga perlu diberikan perhatian, contohnya hujan atau hari terlalu panas. Jika hari terlalu panas, mungkin jurulatih boleh merancang beberapa sesi yang singkat dan diselang selikan dengan “water break”. Walau apa-apa pun, setiap jurulatih harus merancang sesi dengan lebih awal dan mengambil kira faktor-faktor diatas untuk memastikan sesi latihan lebih efektif, mencapai objektif dan “enjoyable”.

Pastikan pemain sentiasa bersama bola, elakkan aktiviti yang membuatkan mereka tertunggu-tunggu dan mencapai tahap kebosanan.

#itisnevertoolatetochange #samasamaberusaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *